Skala Rankine

Skala Rankine (/ˈræŋkɪn/) ialah suatu skala mutlak bagi suhu termodinamik yang dinamakan sempena jurutera dan ahli fizik Universiti Glasgow William John Macquorn Rankine, yang mengusulkannya pada tahun 1859 (skala Kelvin kali pertama diusulkan pada tahun 1848).[1] Skala ini digunakan dalam sistem kejuruteraan di mana pengiraan haba dilakukan menggunakan darjah Fahrenheit.Simbol bagi darjah Rankine ialah °R[2] (atau °Ra jika perlu membezakannya daripada skala Rømer dan Réaumur). Dengan beranalogi kepada unit SI, kelvin, beberapa pengarang mengistilahkan unit rankine, membuang simbol darjah.[3][4] Sifar pada kedua-dua skala Kelvin dan Rankine adalah sifar mutlak, tetapi perbezaan suhu bagi satu darjah Rankine ditakrifkan sama dengan satu darjah Fahrenheit, berbanding darjah Celsius yang digunakan pada skala Kelvin. Oleh itu, suhu 0 K (−273.15 °C; −459.67 °F) adalah sama dengan 0 °R, dan suhu −458.67 °F sama dengan 1 °R.Beberapa suhu penting berkaitan skala Rankine dengan skala suhu lain ditunjuk di jadual di bawah.